Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut 8 Jam Selepas Kejadian

Tular satu video rakaman tertutup berdurasi 34 saat di Facebook memaparkan seorang penjenayah meragut seorang wanita di sebuah bangunan perniagaan di Telok panglima Garang telah berjaya diberkas polis dalam tempoh 8 jam.

Menurut polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi. Suspek yang bertindak menarik beg tangan wanita tersebut dan mengacukan parang kepada wanita tersebut sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Mangsa mengalami kerugian wang tunai selain dokumen peribadi. Kejadian tersebut juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam di lengan dan lutut,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, polis berjaya menahan suspek yang tidak bekerja itu kira-kira jam 4 petang di Sijangkang. Suspek direman pada Rabu untuk siasatan mengikut seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga akan membuat siasatan lanjut untuk mengenal pasti modus operandi suspek selain mengesan sama ada terdapat penglibatannya dalam kes di daerah Kuala Langat.

 

Sumber: Sinar harian

The post Wanita Terbaring Akibat Diragut, Polis Berjaya Berkas Peragut 8 Jam Selepas Kejadian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments