(Video)”Nasib Tak Tempang Kaki,” Oyen Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab ‘Serang’ Hamster Sampai Tersepit

Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kucing, banyak yang perlu ‘dihadapi’ oleh pemilik haiwan comel tersebut terutama apabila melibatkan oyen.

Manakan tidak, oyen sememangnya banyak karenah dan terlebih nakal sehingga membuatkan orang sekeliling ‘geram’.

Sama dengan oyen milik Siti Salmi ini yang buat hal dengan seekor hamster.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di Facebook, Siti Salmi berkongsi ‘situasi’ selepas oyen atau dipanggil Mauza itu mengganggu sangkar hamster sehingga menyebabkan haiwan kecil itu tersepit.

Gambar Via Siti Salmi

Video itu juga menyaksikan makanan hamster yang berterabur di atas lantai.

Haa puas hati dia sampai terbalik bekas dia kejekan.Nasib tak tempang kaki hamster tu, tersepit weiii, satu umah jerit tadi, ingatkan mati tadi aduhaiiiii😂Mauza.. Mauza.. Gerammmm#Mauza#SiBulus#Oyen❤

Posted by Siti Salmi on Tuesday, December 29, 2020

Siti Salmi berkata bahawa Mauza sememangnya suka mengganggu hamster tersebut namun kali ini nampaknya berlaku ‘insiden’ yang ‘besar’.

Gambar Via Siti Salmi

Tapi jangan risau, hamster tersebut baik-baik sahaja, kakinya yang tersepit juga tiada kecederaan yang serius.

Sumber: Siti Salmi

The post (Video)”Nasib Tak Tempang Kaki,” Oyen Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab ‘Serang’ Hamster Sampai Tersepit appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments