(Video) Wanita Maut Setelah Dua Jam Diselamatkan Ketika Hanyut Dibawa Ombak

Seorang guru wanita meninggal dunia selepas cuba untuk mengambil gambar berlatar belakangkan laut di atas permukaan batu di sebuah pantai di Brazil sebelum dia dihanyutkan oleh ombak ke lautan, lapor Dailymail.

Wanita dari Navegantes, Santa Catarina, dikatakan cuba mengambil gambar pemandangan di Praia Grande, Penha sekitar jam 4.30 petang pada hari Ahad sebelum dia dihanyutkan oleh gelombang ombak berbahaya, menurut laman berita Brazil G1.

Sebuah video berdurasi 2 minit yang berjaya dirakam oleh seorang pengunjung menunjukkan momen keberanian seorang penyelamat bomba yang diturunkan dari helikopter ke perairan berombak untuk menyelamatkan wanita berusia 28 tahun itu.

Tambah laporan, wanita itu masih bernyawa ketika diangkat ke pantai di mana paramedik berusaha keras untuk menstabilkan keadaan serta melakukan CPR padanya.

Tetapi dia mengalami serangan jantung dan walaupun dikejarkan ke Hospital Marieta Konder Borhausen di Itajaí, dia meninggal dua jam kemudian. 

Sumber : Dailymail

The post (Video) Wanita Maut Setelah Dua Jam Diselamatkan Ketika Hanyut Dibawa Ombak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments