(Video) Tular Rakaman Seekor Burung Berkicau Berterusan Di Bahagian Bahu Lelaki

Kicauan burung sememangnya mendatangkan ketenangan. Tidak hairanlah jika anda yang menetap di kampung pasti akan mendengar kicauan indah dan menenangkan pada setiap pagi saat mentari menjelmakan dirinya.

Namun, viral di media sosial baru-baru ini dimana seekor burung dilihat berkicau dibahu seorang lelaki. Burung berwarna coklat itu dilihat berkicau berterusan dibahu kanan lelaki itu sebelum bergerak ke bahagian dada dan bahu sebelah kiri tanpa rasa takut ataupun ancaman. Lelaki itu yang memerhatikan sahaja gerak gerinya cuba untuk menangkap perhatian burung itu dengan memberikan ciuman.

Klip rakaman video itu mendapat tarikan umum dan rata-rata warganet terhibur.

Sumber : Times Of India

The post (Video) Tular Rakaman Seekor Burung Berkicau Berterusan Di Bahagian Bahu Lelaki appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments