(Video) Tukang Gunting Peraga Skill, ‘Makeover’ Gelandangan Hingga Nampak Macam Orang Lain

Seorang tukang gunting rambut menggunakan kuasa makeover dengan memberikan potongan percuma kepada seorang lelaki gelandangan di mana proses transformasi itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @davidkodatofficial.

Merujuk rakaman video tersebut, lelaki gelandangan itu dilihatkan sedang duduk di atas kerusi sebelum rambutnya yang panjang dan beruban dipotong. Difahamkan, David Kodat merupakan seorang tukang gunting rambut selebriti Perancis yang memiliki salon di Strasbourg.

Namun disebabkan janggut dan kumisnya yang tumbuh begitu lama, mustahil bagi seseorang untuk membaca ekspresi wajah lelaki berkenaan sama ada dirinya senyum atau tidak. Manakala, di bahagian belakangnya pula, rambut kelihatan sedikit kusut dan berkemungkinan memerlukan rawatan tambahan.

David Kodat mula melakukan tugasnya dengan menggunting dan mendandankan rambut serta janggut lelaki tersebut. Video kemudiannya menunjukkan hasil makeover yang menakjubkan sehingga dapat melihat perbezaan antara sebelumnya.

Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial dengan puluhan orang memuji hasil kerja yang dilakukan oleh tukang gunting rambut berkenaan. Bahkan, para netizen turut memberi komen bahawa lelaki gelandangan itu kelihatan lain daripada sebelumnya.

@davidkodatofficial

Haïr transformation 😱 #fyp #pour #SingapoReimagine #foryoupage #hairtransformation #barber #fypchallenge #tiktok #homeless #satisfying

♬ Moulaga – Heuss L’enfoiré

Sumber: Daily Star

The post (Video) Tukang Gunting Peraga Skill, ‘Makeover’ Gelandangan Hingga Nampak Macam Orang Lain appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments