(Video) Tuan Pening Kepala, Si Bulu Buat “Part Time” Curi Barang-barang Pelik Dari Rumah Jiran Bawa Balik

Seekor kucing telah membuatkan pemiliknya pening apabila membawa pulang barang-barang pelik yang diambil dari jiran jiran tetangga.

Monica Vicens mengatakan bahawa kucingnya yang dikenali sebagai China dipercayai akan keluar pada waktu pagi untuk mencari barang dan membawanya pulang seolah-olah ‘membawa rezeki pulang untuk keluarga’.

Dirinya juga mendedahkan China merupakan salah satu dari tiga kucing yang dimilikinya didakwa telah berubah menjadi pemburu sejak berpindah ke rumah dengan taman yang lebih besar tersebut.

Dalam video yang dimuat naik oleh Monica di TikTok miliknya, kucingnya yang berwarna putih coklat itu dilihat sedang membawa surat, gunting, pemetik api dan kadang-kala membawa objek yang lebih besar seperti mentol penyiram. Malah, kucing itu didakwa turut mengumpulkan beg kacang jagung dan barangan kitar semula seperti botol air.

Dalam temubual bersama The Dodo, Monica berkata: “Saya harus memastikan semua pintu dan tingkap ditutup supaya dia tidak dapat keluar kerana dia selalu masuk dengan beberapa objek dan makhluk hidup du mulutnya.

“Dia akan bangun setiap pagi seolah-olah itu adalah tugasnya untuk pergi mencari barang dan membawa rezeki untuk keluarga.

“Dia akan cepat-cepat berlari ke tanah kegemarannya untuk berguling-guling kemudian dia pergi untuk mencuri barang.

“Dia akan kembali dengan sesuatu, meletakkannya di depan pintu rumah, dan memanggil kepada saya,” katanya.

@songsofmyfelines

#chinacat #catsofinstagram #funnycats #catloversclub #funny #catburglar #instacat #viraltiktok #gato #cat #catlover #funny #catstagram #kitty #catlove

♬ Hood Baby – Kbfr

Sumber: Daily Star

The post (Video) Tuan Pening Kepala, Si Bulu Buat “Part Time” Curi Barang-barang Pelik Dari Rumah Jiran Bawa Balik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments