(Video) Tinjauan Banjir Dari Udara, Rata-Rata Kawasan Di Sekitar Temerloh, Pahang Masih Dinaiki Air

Seperti yang kita ketahui, hujan lebat secara berterusan telah membuatkan beberapa negeri di pantai timur dilitupi dengan air.

Perkara ini telah menyebabkan ramai penduduk setempat terpaksa berpindah ke tempat selamat susulan daripada rumah yang didiami ditenggelami air.

Banjir di negeri sebelah pantai timur tampak semakin memburuk pada hari ini.

Terkini, satu video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter Bernama memaparkan tinjauan udara yang dibuat di sekitar Temerloh, Pahang menunjukkan keadaan semasa situasi banjir di kawasan tersebut.

Dapat dilihat bahawa, rata-rata kawasan masih lagi dinaiki air. Untuk mengetahui dengan lebih jelas, tonton video tersebut seperti berikut:

Sumber: Bernama

The post (Video) Tinjauan Banjir Dari Udara, Rata-Rata Kawasan Di Sekitar Temerloh, Pahang Masih Dinaiki Air appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments