(Video) Tersungkur Di Garisan Mula, Budak Ini Tak Mengalah, Kejar Dan Potong Semua Pelumba Sebelum Menang Tempat Pertama

Kita sering kali mendengar nasihat supaya jangan berputus asa terlalu awal dalam mengejar impian mahu pun cita-cita kerana selagi kita terus berusaha dan mencuba, segala apa yang diinginkan itu pasti akan tercapai.

Nasihat itu sebenarnya betul dan ianya telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak bernama Ma Zihui di Beijing, China ini dalam satu kejohanan luncur ais yang diadakan.

Kanak-kanak yang berusia 8 tahun itu telah terjatuh sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Pun begitu, dengan keazaman yang tinggi serta belum mahu mengaku kalah, dia telah bangun dan mengejar para peserta lain di dalam perlumbaan itu.

Dia kemudian berjaya untuk merapatkan kedudukannya bersama dengan peserta lain sehingga berjaya memotong mereka seorang demi seorang untuk mendahului acara perlumbaan 500 meter tersebut seterusnya memenanginya di tempat pertama dalam peringkat suku akhir.

Menurut SCMP, malam sebelum perlumbaan itu berlangsung, kanak-kanak tersebut telah melakukan latihan sehingga pukul 11 malam. Difahamkan, dia agak keletihan sebelum perlumbaan itu dimulakan namun tetap berazam untuk menang.

“Apabila saya penat, saya akan berazam pada diri saya dan akan berusaha untuk pastikan azam saya itu tercapai. Ini adalah jalan yang saya pilih. Selagi ianya adalah sesuatu yang saya suka, saya akan terus berusaha ke arahnya,” kata Ma Zihui.

Ma turut menyatakan bahawa dia bercita-cita untuk menjadi juara sukan Olimpik suatu hari nanti.

Kegigihannya itu telah menarik perhatian ramai warganet.

“Nak menangis saya tengok semangatnya dalam perlumbaan itu. Saya berusia 20 tahun, dan saya menangis tengok adik ini,” kata seorang warganet.

“Inilah yang dikatakan semangat kesukanan: Saya selalu bangun selepas saya terjatuh. Selagi saya tidak mengaku kalah, akan sentiasa ada peluang untuk mengubah segalanya,” tulis seorang lagi warganet.

Young Chinese skater’s come-from-behind win warms hearts

Never give up: eight-year-old skater Ma Zihui warmed the hearts of millions online after she fell at the start of a race, but picked herself up and eventually won.

Posted by South China Morning Post on Thursday, January 21, 2021

Sumber: SCMP

The post (Video) Tersungkur Di Garisan Mula, Budak Ini Tak Mengalah, Kejar Dan Potong Semua Pelumba Sebelum Menang Tempat Pertama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments