(Video) “Terima Kasih Orang Pahang,” Orang Kampung Sedekah Air Dan Roti Untuk Kenderaan Nak Balik KL

Seperti semua sedia maklum, negara kini sedang menghadapi fasa peralihan monsun di mana hujan lebat dan banjir kilat berlaku di beberapa negeri sehingga menyebabkan kematian akibat lemas dibawa arus deras.

Malah, beberapa jalan utama juga telah terputus hubungan sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkandas dan tidak dapat keluar kerana air naik hingga ke jalan.

Rata-ratanya yang pulang ke kampung halaman pada cuti Tahun Baharu yang lalu, terpaksa menggunakan jalan alternatif melalui kampung-kampung untuk merentas negeri dan pulang ke bandar.

Seperti perkongsian oleh seorang pengguna Twitter di akaun @AbenHazd di mana dia terpaksa melalui jalan kampung dari Pahang untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana lebuh raya ditutup akibat dinaiki air.

Terima kasih orang Pahang!

Namun, apa yang menarik perhatian adalah sikap murah hati orang kampung di Pahang yang menunggu kenderaan di tepi jalan untuk menghulurkan bantuan seperti air dan makanan.

Bantuan yang sedikit ini membawa nilai yang besar bagi mereka yang terperangkap di dalam kesesakan yang teruk ditambah dengan terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh tanpa kawasan rehat dan rawat (R&R).

Terbaik anak-anak Felda Lakum

Sumber:  Twitter AbenHazd

The post (Video) “Terima Kasih Orang Pahang,” Orang Kampung Sedekah Air Dan Roti Untuk Kenderaan Nak Balik KL appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments