(Video) Tak Jadi Nak OOTD, Gadis Kelam-kabut Sorok Muka Selepas Selisih Orang Pakai Baju Sama

Perempuan pantang sekiranya melawati sesuatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik, indah dan sesuai untuk dijadikan tempat OOTD dengan berpakaian biasa-biasa. Kebiasaannya golongan sebegini akan gigih untuk bersiap dengan pakaian atau penampilan yang cantik, kemas dan rapi.

Namun perkara yang kurang disukai apabila berselisih atau terserempak dengan individu yang juga berpakaian atau berpenampilan serupa ketika berada di tempat awam. Jika warna tudung sahaja mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka.

Tetapi ia menjadi masalah sekiranya individu tersebut berpakaian serupa atau ‘sebijik’ dengan diri mereka. Tidak dapat disangka-sangka, gadis ini melalui suatu detik yang menghiburkan ketika sibuk mengambil gambar OOTD.

Rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya menunjukkan gadis tersebut terserempak individu yang turut mengenakan pakaian yang serupa dengan dirinya dari tudung hingga ke seluar. Tanpa segan silu, individu terbabit mengaturkan langkah bahkan mengabaikan apa yang terjadi. Gadis yang mengetahui hal itu hanya mampu menahan ketawa sambil menyorokkan diri daripada dilihat oleh individu tersebut.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang serupa. Malah, segelintir beranggapan ianya adalah suatu kebetulan yang menghiburkan.

@aisyahfitria987

malu – maluin banget ya allah 🤣🤣#janganfypnantiorangnyatau #fypgppkan #PUBGMEmojiCHECK #itsokeynottobeokey #fypシ #fypdongahh #gakmungkinmasukberand

♬ terimakasih emak terimakasi abah – tir

Sumber: aisyahfitria987 (tiktok)

The post (Video) Tak Jadi Nak OOTD, Gadis Kelam-kabut Sorok Muka Selepas Selisih Orang Pakai Baju Sama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments