(Video) Tahu-Tahu Dah Penuh, Lelaki Tertidur Dalam Bilik Air Sehingga Dipenuhi Buih

Seorang ayah dirakam sambil ditertawakan setelah kejadian malang menimpanya kerana tertidur secara tidak sengaja di dalam tab mandi dan mengetahui bahawa tandas dipenuhi dengan buih setelah bangun.

Anak perempuannya, Juna mendapati ayahnya berada di dalam tandas yang sudah dipenuhi buih sehingga melimpah di lantai. Juna mengabdikan momen tersebut ke dalam tiktok miliknya dengan kapsyen “Ayah kami tertidur di dalam tab mandi.”

Di dalam video itu, si ayah kelihatan terkejut selepas bangun dan termengah-mengah. Dia cuba meniup beberapa buih keluar dari mulutnya dan berkata: “Saya tertidur!”. Juna hanya ketawa melihat ayahnya itu.

Klip tersebut menjadi tular dengan 3.2 juta tontonan, hampir 620 ribu tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi.

Sumber : Dailystar, tiktok

The post (Video) Tahu-Tahu Dah Penuh, Lelaki Tertidur Dalam Bilik Air Sehingga Dipenuhi Buih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments