(Video) “Stress Betul La Aku..,” Netizen Terhibur Tengok Aksi ‘Cuak’ Kanak-Kanak Ganggu Sepupu Buat ‘Assignment’

Dalam keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini, semua pelajar institusi pengajian tinggi kini hanya menjalani pembelajaran secara dalam talian.

Walaupun mungkin kekurangan alatan atau bahan untuk membuat tugasan namun setiap pelajar tetap komited untuk menyiapkannya melalui video dalam talian.

Pun begitu, apabila melakukan tugasan di rumah, pastinya banyak ‘halangan’ yang datang ‘menganggu’.

Sama seperti yang dialami oleh Khadijah Najwa, menerusi ciapannya, dia berkongsi detik lucu ketika sedang melakukan tugasan di rumahnya.

Melalui video yang dimuatnaik olehnya di laman Twitter, kelihatan dua orang kanak-kanak iaitu sepupunya yang ‘menyelinap’ masuk ke dalam rumahnya.

Video itu menghiburkan netizen kerana reaksi dua orang kanak-kanak tersebut yang melucukan.

Dengan wajah yang ‘cuak’, kanak-kanak lelaki dan perempuan itu menyorok di belakang sofa setelah menyedari bahawa Khadijah sedang melakukan tugasan secara dalam talian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah mereka itu.

Sumber: Khadijah Najwa

The post (Video) “Stress Betul La Aku..,” Netizen Terhibur Tengok Aksi ‘Cuak’ Kanak-Kanak Ganggu Sepupu Buat ‘Assignment’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments