(Video) Siap Singsing Lengan Baju, Raja Permaisuri Cemar Duli Masak Juadah Untuk Mangsa Banjir

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak juadah tengahari untuk mangsa banjir di PPS Dewan Orang Sri Damai, Kuantan hari ini.

Menerusi laman Instagram Istana Negara berkongsi satu video dimana Raja Permaisuri bersingsing lengan baju sibuk menyiapkan juadah makan kepada mangsa banjir.

Sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut.

“Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.”

Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka telah dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.

Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Sumber: Istana Negara, Bernama

The post (Video) Siap Singsing Lengan Baju, Raja Permaisuri Cemar Duli Masak Juadah Untuk Mangsa Banjir appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments