(Video) “Setelah Itu Tidak Ada Khabar Lagi,” Anak Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Berlepas Dikirim Ibunya, Mangsa Tragedi Sriwijaya Air

Satu video dipercayai suasana di dalam pesawat Sriwijaya Air SJ182 sebelum berlepas telah tular di media sosial, lapor Tribun News.

Video tersebut dirakam oleh suami isteri yang kemudian dikirimkan kepada anaknya, Sri Wahyuni.

Menerusi video itu, ibu bapa Sri Wahyuni iaitu Supianto dan Rusni merakamkan cuaca dari tingkap pesawat.

Ketika itu, hujan dilihat sedang turun membasahi tingkap pesawat tersebut.

Menurut Sri Wahyuni, video itu dihantar kepadanya sebelum pesawat berlepas.

Dia menjelaskan bahawa ibu, ayah dan adiknya, Abida Dania, yang berusia dua tahun sememangnya menjadi penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang menuju ke Pontianak.

Ibunya dikatakan mengikut bapanya yang bekerja di Pontianak.

Sehingga kini, Sri Wahyuni bersama penduduk Kampung Mattigae, Kabupaten Pinrang, sedang menunggu khabar baik mengenai nasib ibu bapa dan adiknya.

“Video itu dihantar pada hari Sabtu sebelum mereka berlepas, setelah itu tidak ada khabar lagi,” katanya.

Pesawat Sriwijaya Air SJ-182 dilaporkan telah terhempas pada Sabtu lalu yang membawa seramai 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Operasi pencarian mangsa dan serpihan kapal terbang masih lagi sedang dijalankan.

Sumber: Tribun News

The post (Video) “Setelah Itu Tidak Ada Khabar Lagi,” Anak Kongsi Rakaman Terakhir Sebelum Berlepas Dikirim Ibunya, Mangsa Tragedi Sriwijaya Air appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments