(Video) Seram, Rakaman Penampakan ‘Bayangan Putih Misteri’ Seakan ‘Pocong’ Terakam CCTV

Kamera litar tertutup atau CCTV lazimnya digunakan sebagai kamera pengawasan untuk memantau keadaan rumah atau tempat tertentu pada waktu malam serta siang. CCTV juga biasanya dipasang untuk tujuan bukti sekiranya berlaku jenayah di sesuatu kawasan itu.

Perkara yang dirakam pada kamera CCTV selalunya adalah berbentuk kemalangan serta kejadian jenayah. Namun lain pula ceritanya apabila CCTV di sebuah rumah di Jakarta, Indonesia ini dikatakan berjaya merakamkan satu sosok ‘misteri’.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang warganet menerusi akaun TikTok bernama @__jgm, video yang dikongsikannya itu memaparkan satu rakaman dari kamera CCTV yang baru dipasangnya baru dua hari. Dia mendakwa bahawa kamera CCTV rumahnya telah berjaya merakamkan satu sosok misteri.

Gambar: Liputan6

Menurutnya, dia terdetik untuk melihat rakaman CCTV itu kerana ingin tahu pukul berapakah pekerjanya pulang, namun tanpa disangka, dia mendakwa telah terlihat sosok misteri itu.

Dalam video yang dirakam CCTV pada pukul 9 malam itu, dapat dilihat sesuatu yang berwarna putih bergerak berhampiran kereta. Pemilik video itu berasakan bahawa sosok itu merupakan makhluk halus.

Tidak dinafikan juga, kemungkinan ‘sosok misteri’ yang dilihat itu merupakan bayangan atau pantulan cahaya daripada objek yang berdekatan. Perkara ini kerana ada warganet yang mendakwa sosok tersebut bukanlah ‘pocong’ kerana ia kerap bergerak-gerak.

Pun begitu, rakaman tersebut dilihat menyeramkan dan telah menjadi perhatian ramai orang. Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta kali.

@__jgm

#KibasSampaiLusa #BebasOngkirWIB #SurpriSINGJoyday #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Warganet yang menonton video tersebut juga turut beranggapan bahawa sosok itu kelihatan seakan hantu pocong.

Sumber: liputan6

 

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020

The post (Video) Seram, Rakaman Penampakan ‘Bayangan Putih Misteri’ Seakan ‘Pocong’ Terakam CCTV appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments