(Video) “Satu Pun Tak Kena,” Gelagat Si Uteh Kambus Pasir Tapi ‘Ke Laut’, Oyen Jugak Jadi Hero Tolong Bersihkan

Bagi pencinta kucing, semua sudah maklum bahawa spesies kucing berwarna Oren yang lebih mesra dipanggil ‘Oyen’ paling kerap buat ‘hal’.

Oyen boleh dikatakan baka kucing paling nakal, paling ‘gengster’, paling ganas, paling jahat dan banyak lagi.

Tapi apa yang berlaku dalam situasi di bawah ini amat berbeza dengan perangainya yang kita tahu selama ini.

Tular satu video yang dikongsikan oleh laman Facebook Kelab Oyen Nakal tentang seekor kucing yang membersihkan najisnya di atas pasir dengan cara yang pelik.

Di sebalik ‘kepelikannya’, muncullah Oyen tampil sebagai ‘hero’ untuk membersihkan najis tersebut dengan betul. Jom layan video ini.

“Merapu je dia ni, berak lepas tu kambus merata satu pun tak kena, Oyen jugak terpaksa kambus tahi kau..”

Merapu je dia ni, berak lepas tu kambus merata satu pun tak kena, Oyen jugak terpaksa kambus tahi kau 😂😂😂

Posted by Kelab Oyen Nakal on Sunday, January 10, 2021

Sumber: Kelab Oyen Nakal

The post (Video) “Satu Pun Tak Kena,” Gelagat Si Uteh Kambus Pasir Tapi ‘Ke Laut’, Oyen Jugak Jadi Hero Tolong Bersihkan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments