(Video) Ramai Terhibur, Pesakit Covid-19 Buat ‘Fashion Show’ Dalam Pusat Kuarantin Pakai Baju Ibu Bersalin

Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita, kerajaan telah mengaktifkan semua pusat kuarantin di seluruh negara bagi menampung pesakit sekaligus membendung penularan wabak.

Ini termasuk pembukaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut dihuni oleh pesakit dengan jumlah yang ramai.

Namun begitu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh individu yang berada di sana untuk menghilangkan bosan selain memberi semangat kepada satu sama lain melawan Covid-19, ternyata menghiburkan hati ramai.

Macam-macam aktiviti

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok dikenali sebagai Syahida, teman lelakinya melakukan aktiviti-aktiviti happening bersama ratusan lagi penghuni pusat kuarantin.

Ada di antaranya yang menari bersama frontliner, bermain kad, menyanyi termasuk melakukan fashion show. Memang sporting habis. Doktor, jururawat serta semua pasukan perubatan pun turut sama melayan!

@syhdysra

Their other activities 😂 #fyp #foryou #maepsserdang

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

‘Fashin show’ baju bersalin

Paling menghiburkan, fashion show yang diadakan adalah berupa baju bersalin tetapi digayakan dengan cara masing-masing. Memang lucu!

@syhdysra

Didn’t expect this would be my boyfriend’s activities while quarantine 😭😭😂. #maepsserdang #quarantine #fyp

♬ original sound – syahida – syahida

Aksi lucu itu dibanjiri dengan ratusan komen warganet yang terhibur dengan pakaian baju bersalin dan kemesraan yang ditunjukkan oleh semua rakan lelaki biarpun mereka tidak mengenali satu sama lain.

Lelaki first time jumpa dah jadi kawan baik

Selamat bersalin semua

Happening gila!

Sumber: TikTok syhdysra

The post (Video) Ramai Terhibur, Pesakit Covid-19 Buat ‘Fashion Show’ Dalam Pusat Kuarantin Pakai Baju Ibu Bersalin appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments