(Video) Rakaman Dipercayai Individu Mengintai Asrama Perempuan Jam 1 Pagi Melalui Ruang Udara Buat Penghuni Takut

Penyangak ada di mana-mana sahaja. Mereka akan mencari masa yang sesuai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral mereka seperti mengintai bilik wanita di tengah malam untuk memuaskan imaginasi jelik mereka.

Baru-baru ini di Indonesia, seorang individu telah dirakam sedang mengintip ke dalam asrama wanita melalui lubang udara, lapor Merdeka.

“Ini gambaran dia, sumpah kami gementar”

Tambah portal itu, penghuni yang kebetulan masih belum tidur sekitar jam 1 pagi itu berjaya merakam dan mengugut untuk melaporkan tindakan pelaku tersebut kepada pihak polis.

Video detik kejadian itu berlaku telah dikongsikan di laman Makassar_Iinfo di Instagram dan mendapat perhatian lebih 382,000 penonton.

Sumber: Merdeka

The post (Video) Rakaman Dipercayai Individu Mengintai Asrama Perempuan Jam 1 Pagi Melalui Ruang Udara Buat Penghuni Takut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments