(Video) Pramugari Dedah ‘Lokasi Rahsia’ Dalam Kapal Terbang Yang Mungkin Ramai Belum Tahu

Setiap kali anda naik kapal terbang, pernah tak terfikir, di mana para kru berehat ketika penerbangan yang panjang? Kalau penerbangan domestik yang pendek, mungkin tidak hairan, namun jika penerbangan jauh selama berjam-jam, bagaimana mereka merehatkan badan?

Hari ini persoalan anda mungkin terjawab oleh seorang pramugari, Kat Kamalani. Kongsi Kat di TikTok, sebenarnya, terdapat satu ruangan ‘rahsia’ yang kebanyakan penumpang tidak tahu kewujudannya. Katanya, ruang tersebut hanya boleh diakses oleh kru penerbangan sahaja menggunakan kunci khas.

“Ini sebahagian tempat rahsia di atas kapal terbang dari seorang pramugari. Ada kemungkinan kru penerbangan tidur di bawah kaki anda atau atas kepala anda.

“Bergantung kepada sepanjang mana perjalanan, kami dapat ‘rehat’. Jadi sebahagian kru akan menuruni tangga kecil ini atau menaiki tangga dan mereka akan dapat tidur di katil dua tingkat ini.

“Ia sangat sesak, sangat kecil dan biasanya akan ada langsir untuk privasi. Anda perlu memakai tali pinggang jika ada pergolakan. Selepas habis rehat, anda akan bertukar dengan kru lain dan bergantung kepada senioriti, anda boleh memilik katil dan rehat anda,” katanya.

@katkamalani

Secrets from a Flight Attendant #travelhacks #flightattendant #fyp #flightattendantlife #lifehacks #influencer

♬ original sound – Kat Kamalani

 

Sumber: Kat Kamalani

The post (Video) Pramugari Dedah ‘Lokasi Rahsia’ Dalam Kapal Terbang Yang Mungkin Ramai Belum Tahu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments