(Video) Petugas Hutan Berdepan Detik Cemas, Dikejar Gajah Liar Dipercayai Kelaparan

Kerana kelaparan, seekor gajah dilaporkan mengejar seorang petugas hutan yang berusaha menghentikan haiwan itu memakan tanaman petani.

Kejadian yang berlaku di Thailand itu sempat dirakam oleh penduduk yang berada disitu.

Menurut Daily Mail, penduduk kampung memanggil petugas itu untuk meminta bantuan setelah sekumpulan gajah memasuki tanah mereka untuk mencari makanan di wilayah Nakhon Nayok.

Gambar Via Daily Mail

Dua petugas hidupan liar yang berani cuba mengusir haiwan itu namun  seekor gajah kelihatan berang kerana diganggu semasa sedang menikmati makanan.

Gajah liar yang juga dikenali sebagai Sarika itu berhenti mengejar para petugas setelah melihat mereka melarikan diri.

Gambar Via Daily Mail

Sarika kemudian terus makan buah-buahan dengan aman bersama gajah-gajah lain ketika petugas tersebut sudah tiada.

Salah seorang petugas mengatakan bahawa lebih daripada 40 ekor gajah mengembara ke kawasan itu pada musim kemarau untuk mencari makanan.

“Kami biasanya menerima panggilan daripada orang-orang yang tinggal berdekatan ketika gajah tiba, kami cuba menolong mereka dengan sebaik mungkin namun sebilangan gajah agresif,” kata Pegawai Hidupan Liar, Amnat Norasin.

Gambar Via Daily Mail

Dianggarkan 2,000 gajah tinggal di hutan di Thailand dan jumlah yang sama ditangkap di mana mereka ditempatkan di kawasan perlindungan, zoo atau ‘bekerja secara peribadi’ untuk disewa di majlis perkahwinan dan festival.

Gajah juga adalah haiwan yang dilindungi di Thailand dan membunuhnya boleh membawa hukuman penjara maksimum selama tiga tahun dan denda 1,000 baht.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Petugas Hutan Berdepan Detik Cemas, Dikejar Gajah Liar Dipercayai Kelaparan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments