(Video) Perlawanan Bola Ini Buat Penonton Bingung, Pemain Kenakan Jersi Mirip Warna Salji Hampir Tak Kelihatan Atas Padang

Pemain bola untuk pasukan Liga Turki, Sivasspor hampir tidak kelihatan semasa perlawanan liga menentang Istanbul Basaksehir semalam, lapor Daily Mail.

Dalam keadaan salji lebat yang meliputi padang di Stadium Basaksehir Fatih Terim, para penonton berpendapat bahawa ia adalah idea yang baik untuk mereka memakai pakaian putih menentang pendahulu Super Lig.

Gambar Via Daily Mail

Kit mereka yang berwarna putih dari stoking hingga ke baju menjadikan mereka ‘sebati’ pada permukaan padang yang diliputi salji dan sangat sukar dilihat semasa perlawanan.

Mereka tetap beraksi di padang hingga tamat masa penuh perlawanan walaupun penglihatan agak kurang baik dengan pemain Sivasspor yang ‘berjuang’ untuk melihat rakan sepasukan mereka.

Gambar Via Daily Mail

Perlawanan itu dilaporkan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Peminat yang menonton di televisyen pastinya mengalami kesukaran untuk melihat perlawananan itu kerana pemain pasukan Sivasspor yang tidak kelihatan.

Gambar Via Daily Mail

Namun, ada juga yang mengganggap bahawa ia agak melucukan dan menyamakan perlawanan itu seperti permainan video.

“Ini seperti perlawanan FIFA ketika anda memilih kit yang salah,” kata salah seorang pengguna Twitter.

 

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Perlawanan Bola Ini Buat Penonton Bingung, Pemain Kenakan Jersi Mirip Warna Salji Hampir Tak Kelihatan Atas Padang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments