(Video) Penduduk Panik, Air Laut Pasang Melimpah Sampai ‘Mall’ Banjir Di Manado, Indonesia

Air laut yang melimpah deras secara tiba-tiba sehingga membanjiri bandar Manado, Sulawesi Utara, ternyata menimbulkan panik ramai.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial, air laut dilihat mengalir deras dan memasuki jalan raya sehingga menyebabkan banjir di pusat membeli-belah Madano Town Square dan kawasan sekitarnya.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Utara, Kombes Jules Abraham Abast berkata, bencana banjir itu berlaku disebabkan oleh gelombang laut pasang setingi hampir empat meter.

”Banjir di Manado kemungkinan disebabkan oleh gelombang laut pasang dan naik secara ekstrem,” kata beliau ketika dihubungi Detik News.

Kata beliau, lokasi kawasan tersebut yang kebetulan berada di kawasan pantai juga boleh menyebabkan banjir dan berharap ianya merupakan fenomena alam biasa.

Penduduk juga diminta berwaspada dan menjauhi lokasi banjir untuk sementara waktu bimbang sekiranya kejadian tersebut berulang.

Berdasarkan perkembangan terbaharu, banjir di kawasan itu telah surut namun dipenuhi selut serta sisa dan sampah sarap yang banyak.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Sumber: Twitter, Detik News

The post (Video) Penduduk Panik, Air Laut Pasang Melimpah Sampai ‘Mall’ Banjir Di Manado, Indonesia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments