(Video) Nilai Mencecah RM1 Juta Lebih, Nelayan Dilapor Temui ‘Ketulan’ Seberat 7kg Dipercayai ‘Ambergris’

Seorang nelayan Thailand mendapat durian runtuh apabila menemui ‘ketulan’ seperti lilin yang berkemungkinan adalah muntah ikan paus bernilai sebanyak £210,000 (RM 1159178.39), lapor Daily Mail.

Chalermchai Pahapan, 20, telah menemui ketulan yang seberat tujuh kilogram itu sejurus selepas menaiki botnya di Pantai Samila di wilayah Songkhla selatan pada 6 Januari lalu.

Dia menyatakan bahawa dia keluar untuk menangkap ikan pada mulanya, namun cuaca tiba-tiba berubah dan dia terpaksa kembali ke pantai dengan lebih awal.

Ketika sedang berlabuh, Chalermchai menyatakan bahawa dia telah ternampak ketulan putih pada pasir yang ditolak oleh arus ke arah pantai.

Pada mulanya, nelayan tersebut beranggapan bahawa ianya hanyalah batu biasa sahaja, namun setelah melihat dengan lebih dekat, dia berasakan yang ianya mungkin berharga.

Chalermchai terus membawa balik ketulan misteri itu untuk mencuba dan mengetahui apa benda sebenarnya.

“Saya langsung tidak mengetahui tentang apakah benda ini sebenarnya sehinggalah saya bertanyakan kepada golongan berumur di kampung ini yang kemudiannya menyatakan bahawa ianya adalah ambergris,” katanya, merujuk pada bahan yang terbentuk dari rembesan saluran empedu di usus ‘sperm whale’.

Ianya boleh dijumpai terapung di laut atau dihanyutkan di sepanjang pantai. Kadang-kadang, ia juga terdapat di dalam perut ikan paus itu sendiri.

Ambergris mempunyai bau busuk pada mulanya tetapi setelah ianya mengering, ia akan menghasilkan aroma manis dan tahan lama, di mana ianya selalu dijadikan ramuan yang dicari dalam industri minyak wangi.

Cebisan daripada ketulan yang dibakar di atas penutup tin mengesahkan bahawa ketulan itu sememangnya ambergris kerana ianya cepat cair.

Sat sampel telah dihantar ke makmal di mana ianya telah disahkan asli.

“Saya berasa sangat bertuah kerana berjaya menjumpainya,” kata Chalermchai.

Nelayan muda itu kini sedang menunggu pembeli dengan harga 1,00,000 baht Thailand (RM 13500.17) per kg.

“Saya tidak mahu terburu-buru menjualnya,” katanya. “Ejen akan mencari pembeli antarabangsa untuknya”.

Pada bulan April 2016, sebiji bola ambergris seberat 1.57 kg yang dijumpai di Lancashir telah dijual dengan harga £ 50,000 (RM 276240.52) sementara pada bulan November dalam tahun yang sama pula, tiga nelayan Oman telah menemui 80 kg bahan tersebut dan menjualnya dengan harga £2,205,942 (RM 12187417.04).

Sumber: Daily Mail

 

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020

The post (Video) Nilai Mencecah RM1 Juta Lebih, Nelayan Dilapor Temui ‘Ketulan’ Seberat 7kg Dipercayai ‘Ambergris’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments