(Video) Nampak Bersungguh-sungguh, Aksi Monyet ‘Buat Muka’ Bantu Potong Sayur Bikin Ramai Tergelak

Monyet adalah salah satu haiwan yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Malah dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di kawasan kampung, monyet dibela dengan tujuan sebagai pembantu di kebun termasuklah memanjat pokok untuk memetik buah.

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seekor monyet belaan yang kelihatan sedang membantu tuannya di dapur.

Namun apa yang begitu mencuit hati warganet adalah riak muka monyet tersebut ketika mematahkan sayur-sayur yang dihulurkan tuannya.

Monyet ini menunjukkan reaksi muka yang ‘begitu bersungguh-sungguh’ mematahkan setiap batang sayur itu, seolah-olah ianya terlalu keras.

Mari ikuti video tular di bawah ini.

@gaitlyn.rae

Moms best helper! Helping snap green beans! #gaitlynrae #greenbeans #helper #working #gardner #teamwork #capuchin #snap #mamagirl #asmr #cook #chef

♬ original sound – Gaitlyn Rae

Dipetik daripada akaun Tiktok @gaitlyn.rae, dipercayai warganet inilah tuan kepada monyet tersebut.

Difahamkan, rakaman ini dipercayai bukan di Malaysia.

Malah di akaun Tiktok tersebut terdapat banyak lagi video lain berkenaan monyet yang sama.

Video tersebut tular di merata media sosial termasuk Facebook dan Twitter serta telah ditonton sebanyak lebih enam juta kali setakat ini.

Sumber: Tiktok gaitlyn.rae

The post (Video) Nampak Bersungguh-sungguh, Aksi Monyet ‘Buat Muka’ Bantu Potong Sayur Bikin Ramai Tergelak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments