(Video) “Nak Sujud Pun Macam Melayang Dah…” Heliza Helmi Kongsi Pengalaman Positif COVID-19

Selebriti dakwah, Heliza Helmi menyampaikan perkhabaran duka buat peminatnya apabila dia dan adiknya, Hazwani Helmi pernah positif COVID-19.

Menerusi satu hantaran di Instagram hari ini, Heliza memaklumkan bahawa ‘kisah panjang’ mereka bermula sejak keluar meninggalkan rumah pada November lepas.

Hinggalah pada 1 Januari baru-baru ini, barulah mereka pulang semula ke pangkuan keluarga setelah dipercayai sembuh. Kata Heliza, agak banyak sebenarnya perkara yang hendak diluahkan.

Kurang beberapa jam selepas hantaran tersebut, Heliza sekali lagi memuat naik satu video berdurasi satu minit sembilan saat.

Kali ini Heliza berkongsi pendedahan yang lebih jelas, apa yang terjadi pada mereka berdua.

Sewaktu adiknya Hazwani sedang bersama-sama bertarung nyawa melawan COVID-19 ketika itu, Heliza melontarkan rasa kagum akan kegigihan adiknya yang masih gagah menjalani kelas serta peperiksaan secara online.

Sepanjang tempoh duka itu juga, Heliza turut meluahkan perasaannya yang sebak melihat pengorbanan petugas barisan hadapan. Mari tonton video ini.

Sebak atas ujian yang menimpa, ramai artis dan peminat menzahirkan ucapan serta doa buat dua beradik ini agar diberi kesembuhan.

.

..

Sumber: Instagram Heliza Helmi

The post (Video) “Nak Sujud Pun Macam Melayang Dah…” Heliza Helmi Kongsi Pengalaman Positif COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments