(Video) Nak Kurangkan Rasa Takut, Wanita Tengah Bersalin Ini Minta Wajahnya Disolek Cantik-cantik

Bagi setiap wanita, melahirkan anak adalah momen yang paling bermakna namun juga paling ditakuti kerana memikirkan contraction yang perlu dihadapi.

Ia sememangya saat yang paling akan diingati dan mungkin ‘dirindui’ oleh setiap ibu.

Pastinya, para suami perlu menjadi peneman isteri dikala menghadapi saat-saat genting itu.

Pun begitu, berbeza pula dengan wanita ini yang mempunyai cara unik untuk menghilangkan rasa takut semasa bersalin.

Menerusi video yang tular di TikTok, wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia itu meminta agar wajahnya disolek semasa dalam proses melahirkan anak.

@bidannovel

♬ Oh No – Kreepa

Video itu juga memperlihatkan wanita tersebut kelihatan tenang dan menggunakan teknik pernafasan yang betul.

Dalam satu video lain, wanita itu tetap kelihatan tenang sehingga akhirnya selesai proses bersalin.

@bidannovel

♬ KU PUJA PUJA – Radia🦋🌻

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dan ‘terkesima’ melihat betapa tenangnya wanita itu bersalin.

The post (Video) Nak Kurangkan Rasa Takut, Wanita Tengah Bersalin Ini Minta Wajahnya Disolek Cantik-cantik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments