(Video) “Nak Gelak, Gelak Laa Tapi Ini Penting,” Sharifah Shahirah Sumbang Pakaian Dalam Untuk Mangsa Banjir

Selebriti tanah air, Sharifah Shahirah hari ini mengejutkan kita semua apabila beliau tekad tampil membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Jika individu atau pihak lain pantas menghulurkan bantuan berupa makanan dan barangan asas, Sharifah pula memenuhi keperluan peribadi kaum wanita dengan menyumbangkan pakaian dalam buat mereka.

Sharifah berkongsi niatnya itu menerusi satu hantaran di laman Instagramnya pada siang tadi dengan kenyataan yang berbunyi;

“Ni cakap terus terang ye seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli, sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli. Saiz nasib la main beli. Ke banyak XL ke atas. Saya faham sangat. Benda dah terdesak nak pakai. Saya sumbangkan lain daripada yang lain sebab tu penting,”

Tindakannya itu mendapat pujian daripada segenap warganet, rata-rata mereka khususnya wanita begitu memahami situasi terdesak ini.

Mungkin ada yang beranggapan ianya kelakar, namun pada Sharifah, itulah hakikat yang tidak ramai sedar bahawa pakaian dalam yang bersih adalah perkara penting mengenai soal keselamatan serta kesihatan di kala darurat bencana menimpa.

Katanya menerusi caption, “Nak gelak, gelak la.. Tapi ini sangat penting,”

Untuk lelaki pun tak terkecuali

Sementara itu, Sharifah juga turut menitikberatkan bantuan yang serupa buat mangsa banjir kaum lelaki juga.

Menerusi satu hantaran berikutnya di Instagram, Sharifah ketika itu sedang berada di rak pakaian dalam wanita, dipercayai sedang menjalankan misi membeli barangan keperluan peribadi tersebut.

“Lelaki pun kita dah belikan. Bahagi-bahagikan di kawasan kampung kami. Sega ke atas sana. Nanti kami bahagikan lagi yang kering-kering bersih tempat lain.

“Kalau sesiapa nak, pun kami cuba MRA iaitu badan bukan kerajaan (NGO) kita akan ambik alih. Dan kita pun bantu sebab orang dok bagi duit. Kita beli air bersih je. Mereka perlukan air,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, bantuan sumbangan yang dijalankan Sharifah mendapat kerjasama dengan NGO Malaysian Relief Agency (MRA).

Gambar: Sharifah

Berdasarkan keterangannya, MRA turut tampil membantu daripada segi logistik untuk menghantar bantuan ke kawasan-kawasan terjejas.

Dikatakan, antara barangan yang paling banyak disumbangkan ialah pakaian, malah ada juga yang menghulurkan sumbangan berupa bantal untuk keselesaan tidur malam mereka.

“Kita kerja..pandai-pandai korang ambik kat rumah kita ye. Semoga dipermudahkan..” jelasnya.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah

The post (Video) “Nak Gelak, Gelak Laa Tapi Ini Penting,” Sharifah Shahirah Sumbang Pakaian Dalam Untuk Mangsa Banjir appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments