(Video) Modal Tak Sampai RM300, Lelaki Kongsi Hasil DIY Pintu ‘Sliding’ Di Dapur

Kebiasaannya, ruang dapur bagi kebanyakan rumah hanya ditutup dengan tirai atau langsir sahaja.

Bagi yang tidak ditutup, ia sebenarnya mudah menjadi tumpuan tetamu yang datang ke rumah.

Disebabkan itu, anda sebenarnya boleh meletakkan pintu di bahagian dapur bagi memisahkannya dengan ruang tamu.

Menerusi perkongsian Fourzy Ozzy di group Facebook Tukang Apa Hari Ini, dia membuat sendiri pintu sliding dengan kos tidak sampai RM300.

Menurutnya, semua barangan yang diperlukan untuk membuat pintu itu dibeli di Shopee.

Permintaan wife .. DIY pintu sliding yang memisahkan ruang dapur dgn ruang tamu

Gambar Via Fourzy Ozzy

Simple design je..Kos tak sampai 300
Order shopee :
– Sliding track
– Pintu plywood
– Wall paper

Dalam satu perkongsiannya yang lain, Fourzy berkongsi video bagi memberikan gambaran pada yang ingin mencuba membina pintu itu. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Salam semua .. atas permintaan dan banyak pertanyaan berkenaan posting saya sebelum ini, DIY pintu sliding yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur disini saya kongsikan video untuk nmpak lebih jelas.

Cuma tak nmpak step pemasangan dari awal sebab dah siap pasang.. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba.. tak susah pun saya pasang dgn bantuan wife tolong pegang pintu (dgn kos yg minimum tak sampai RM300)
– rumah flet ruang dapur agak limited.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Posted by Fourzy Ozzy on Monday, January 18, 2021

Anda boleh mendapatkan set perkakas untuk membuat pintu sliding DISINI.

Sumber: Fourzy Ozzy

The post (Video) Modal Tak Sampai RM300, Lelaki Kongsi Hasil DIY Pintu ‘Sliding’ Di Dapur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments