(Video) “Mereka Tidak Mengaum,” Rakaman Cheetah Mengiau Seperti Kucing Jadi Perhatian

Tanpa mengira saiz, spesies kucing atau felin ini pastinya comel bagi semua pencinta haiwan. Biarpun dikenali sebagai pemangsa yang ganas, haiwan seperti harimau, singa dan cheetah mempunyai peminatnya sendiri kerana kecomelan dan telatah mereka sendiri dalam dunia liar.

Siapa sangka, haiwan bernama Cheetah yang terkenal sebagai spesies pemangsa mempunyai persamaan yang signifikan dengan kucing dari caranya berkomunikasi.

Dalam video dikongsikan Nature & Animals, kelihatan seekor cheetah ‘mengiau’ manakala seekor lagi temannya seakan berdengkur (purringketika dirakam kamera.

Menurut My Modern Met, haiwan ini mempunyai anatomi yang serupa dengan kucing biarpun saiznya jauh lebih besar. Spesies yang mampu membesar sehingga mencapai berat kira-kira 72.1 kilogram ini mempunyai peti suara yang tetap, dengan pita suara yang bergetar ketika ia bernafas.

Getaran itu akan menghasilkan bunyi dengkuran (purring) yang menyerupai kucing. Oleh itu, ia tidak mampu mengaum seperti harimau dan singa yang mempunyai otot yang lebih besar serta lipatan vokal yang lebih panjang pada struktur larinks mereka.

Tanpa peti suara yang tetap, spesies seperti jaguar, harimau dan singa mempunyai ligamen yang membolehkan mereka mempunyai suara yang dalam dan kuat untuk mengaum.

Sumber: Nature & Animals, My Modern Met

The post (Video) “Mereka Tidak Mengaum,” Rakaman Cheetah Mengiau Seperti Kucing Jadi Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments