(Video) Masuk Jari Terus Lena, Wanita Kongsikan Cara Buat Kucing Mudah ‘Lelap’

Kucing merupakan haiwan berkaki empat yang tidak asing bagi kehidupan seharian manusia. Haiwan berbulu ini dianggap haiwan yang bersifat comel, manja bahkan mencuit hati dengan karenah yang ditunjukkan. Kebanyakkan daripada kita menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan malah teman di rumah agar suasana bertambah ceria.

Kebiasaannya kucing akan lebih aktif pada waktu malam yang boleh meyebabkan keadaan rumah menjadi huru-hara dan kerosakkan barangan berharga. Oleh itu, kita sebagai pemilik perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan si comel berkelakuan nakal dan duduk diam.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita ini menunjukkan cara bagi mendiamkan kucing dengan memasukkan hujung jari pada mulut si comel. Difahamkan, cara itu memberi kesan sehingga membuatkan kucing wanita itu tertidur.

Walau bagaimanapun, cara tersebut belum dikenal pasti mampu berkesan kepada kucing-kucing yang lain. Maka, anda sebagai pemilik kucing boleh mencuba sama ada ia berkesan atau pun tidak.

@kendahlsss

👀☝😌 #kitten #cat #fyp #funny #magic #wow #sorcery #watchthis #catlady share your reaction!

♬ original sound – Kendahl Schnell

Sumber: kendahlsss(tiktok)

The post (Video) Masuk Jari Terus Lena, Wanita Kongsikan Cara Buat Kucing Mudah ‘Lelap’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments