(Video) Masih Mampu Tersenyum, Tindakan Nissa Cuci Muntah Asif Raih Pujian

Benarlah, reaksi seseorang terhadap ujian akan mengangkat martabatnya. Itulah yang dapat kita lihat daripada tindakan Anissa Faizul, isteri kepada Syahmi Sazli yang tidak kekok membersihkan muntah adik iparnya di dalam kereta.

Dalam perkongsian video Syahmi di Facebooknya baru-baru ini, kelihatan wanita itu dengan tenang membersihkan muntah Asif di atas kusyen kereta.

Menggunakan plastik sebagai sarung tangan, wanita itu mengelap muntah dengan tisu dan menyiramnya menggunakan sedikit air sementara Asif menunggu di luar.

Hahahaha Asif Asif.. Nak apa-apa tak pernah nak oyak (bagitahu). Haritu pernah berak dalam kereta Mi. Ni muntah pulak. Nak marah pun tak jadi lepas tengok muko lawak dia.

Video tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan lebih 500 komen di mana rata-rata warganet memuji tindakan Nissa.

Kagum, sebab tu pasangan ni murah rezeki

Muka selamba je cuci; Cantik, hati pun baik

Tak tutup hidung dan mulut pun, memang tabik lah

Berikut adalah videonya:

Hahahaha asif2.. nk gapo2 tk pernah nk oyak. Hritu pernah berak dlm kereta mi. Ni muntah plk. Nk marah pun tk jadi lepas tgk muko lawak dio😂😂😂 Anissa Faizul

Posted by Syahmi Sazli TV on Friday, January 1, 2021

Sumber: Syahmi Sazli

The post (Video) Masih Mampu Tersenyum, Tindakan Nissa Cuci Muntah Asif Raih Pujian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments