(Video) Lima Tahun Tunggu Zuriat, Suami ‘Blur’ Tak Tahu Baca “Pregnancy Test“ Tiba-tiba Menangis Bahagia Bila Tahu Bakal Jadi Ayah

Menimang zuriat pertama di pangkuan sendiri adalah impian paling agung bagi setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Seperti yang kita maklum, zuriat ini rezeki. Kadang-kadang ada pasangan yang Allah beri awal, ada juga yang dilewatkan. Semuanya adalah takdir.

Bagi yang menanti bertahun-tahun lamanya, agak sukar untuk digambarkan perasaan mereka apabila tiba masanya si isteri disahkan mengandung.

Namun apa yang berlaku dalam video ini sangat menyentuh hati, di mana setelah lima tahun berusaha dan menunggu, akhirnya Allah menghadiahkan cahaya mata pertama buat pasangan ini.

Lebih meruntun hati, si suami kelihatan ‘blur’ dan tidak tahu apa-apa yang terjadi, sehinggalah si isteri memaklumkan bahawa dirinya hamil.

Akhirnya berjurailah air mata yang gugur di pipi sang suami. Saksikan detik manis yang dialami dan dikongsi oleh warganet Neng Lisnawati di bawah ini.

@nenglisnawati666

#pejuanggarisdua #foryoupage

♬ original sound – _jamesadam_ – _jamesadam_

Merujuk kepada hantaran video yang terdahulu, Lisnawati memaklumkan bahawa mereka sudah banyak kali menjalani ujian kehamilan.

Malah suaminya juga pernah membuat ujian sperma bagi mengenal pasti keadaan ‘kesihatan’ benih tersebut.

Tidak kurang juga, suaminya dulu yang merupakan seorang perokok dimaklumkan telah berhenti daripada tabiat tersebut semata-mata demi menjaga kesihatan dan ikhtiar untuk benihnya subur.

@nenglisnawati666

Balas @annaprily

♬ original sound – _jamesadam_ – _jamesadam_

Turut terharu dengan ‘kejayaan’ mereka berdua, ramai warganet menzahirkan rasa bersyukur atas rezeki yang diberikan Allah SWT ini.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kerana berkat penantian lebih lima tahun dengan penuh sabar, akhirnya doa mereka termakbul juga.

Ada yang mendoakan agar si anak tersebut bakal menjadi insan yang soleh atau solehah kelak.

Sumber: Tiktok Neng Lisnawati

The post (Video) Lima Tahun Tunggu Zuriat, Suami ‘Blur’ Tak Tahu Baca “Pregnancy Test“ Tiba-tiba Menangis Bahagia Bila Tahu Bakal Jadi Ayah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments