(Video) Lelaki Saran Beli “Alarm” Tangan Ini, Sesuai Digunakan Ketika Situasi Cemas

Tiada siapa yang boleh meramalkan apa yang akan terjadi pada diri sendiri di masa hadapan kelak.

Disebabkan itu, sentiasa ‘sediakan payung sebelum hujan’ agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini, walaupun mungkin sudah ditakdirkan akan berlaku sebaliknya.

Seperti yang diketahui, jenayah ragut dan samun sering berlaku bahkan sehingga menyebabkan kematian.

Melihat kepada situasi itu, langkah untuk mempertahankan diri sememangnya perlu dilakukan.

Ia sangat penting terutama ketika berada di tempat yang sunyi atau tidak dipenuhi orang ramai.

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa, tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

Menerusi ciapan Ben Ashaari di laman Twitter, dia berkongsi mengenai alatan yang mungkin boleh melindungi seseorang ketika berada dalam situasi genting.

Menurutnya, dia membeli alarm tangan yang mengeluarkan bunyi yang kuat jika ditekan.

Juga berfungsi sebagai keychain, alat tersebut turut mempunyai lampu LED yang mungkin berguna ketika anda berada di kawasan yang gelap.

Alarm itu boleh dibeli di platform membeli belah dalam talian seperti di Shopee.

Walaupun mungkin ia hanya dianggap biasa sahaja, namun mungkin alat tersebut boleh melindungi anda dari situasi bahaya.

Sumber: Ben Ashaari

The post (Video) Lelaki Saran Beli “Alarm” Tangan Ini, Sesuai Digunakan Ketika Situasi Cemas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments