(Video) Kehadiran ‘Dumper Truck’ Di Kawasan Banjir Tarik Perhatian Warganet, Titip Doa Agar Dipermudahkan Aktiviti Membantu

Rakyat di negeri Pahang kini masih lagi bergelut dengan situasi banjir yang membimbangkan.

Dengan cuaca yang dijangka akan terus berada dalam keadaan bahaya sehingga esok (5 Januari), ia pastinya menggusarkan orang ramai.

Pastinya, segala bantuan perlu disalurkan kepada mereka terutama bagi yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurut page Berita LIPIS di Facebook, beberapa jentera berat (Dumper Truck) dari Lombong Emas Penjom (Empang Jaleh) juga dilihat turut datang membantu mangsa banjir dipercayai di Lipis.

Jentera berat (Dumper Truck) dari Lombong Emas Penjom (Empang Jaleh) pun turut datang membantu

Posted by LIPIS on Monday, January 4, 2021

Kedatangan jentera itu menarik perhatian ramai kerana saiznya yang besar dan tinggi yang mungkin boleh meredah arus air banjir.

Part 2 videoTerima kasih geng-geng lori king kong ( dump truck ) membantu orang dalam kesusahan. Terbaik👍👍👍 TQ = PENJOM GOLD MINEIhsan video : fb fendy zakaria

Posted by Galeri Lori Bas on Monday, January 4, 2021

Ramai warganet yang kagum melihat jentera tersebut dan memuji individu-individu di sebalik jentera itu yang datang untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Sumber: LIPIS

The post (Video) Kehadiran ‘Dumper Truck’ Di Kawasan Banjir Tarik Perhatian Warganet, Titip Doa Agar Dipermudahkan Aktiviti Membantu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments