(Video) “Ini Kem Bina Semangat”, Pesakit COVID-19 Terharu, Frontliner Ajak Menari Bersama Untuk Pulih Semangat Walau Kepenatan Bertugas

Baru-baru ini tular rakaman suasana dalam pusat kuarantin MAEPS Serdang yang menunjukkan gelagat pesakit-pesakit COVID-19 di sana.

Antara situasi yang mencuit hati adalah ketika mereka membuat aksi seakan-akan pertunjukan fesyen, menariknya semua yang terlibat tampil berjalan gaya ‘cat walk’ adalah daripada kaum lelaki.

Walaupun nampak macam pelik, namun aktiviti itu dibuat dipercayai kerana untuk menghidupkan suasana yang ceria di sebalik sedang berhadapan dengan risiko virus.

Tidak cukup dengan itu, tular pula satu video memaparkan para petugas barisan hadapan (frontliners) di sana yang mengajak para pesakit menari beramai-ramai.

Rakaman ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang pesakit yang dikuarantin di sana, Fariezchan menerusi Twitternya baru-baru ini.

Kata Fariezchan, keadaan yang sangat gembira itu menjadikan mereka semua berasa seperti bukan di pusat kuarantin, tetapi di kem bina semangat.

Mana tidaknya, walaupun penat menguruskan kesihatan pesakit yang begitu ramai, namun itu tidak mematahkan semangat para petugas dalam ‘menghidupkan’ semangat mereka semua.

Siap pasang lagu ‘Balik Kampung’

Dalam pada itu, bagi pesakit yang sudah tamat tempoh kuarantin, mereka semua ‘dihantar’ dengan penuh kasih sayang sebelum meninggalkan MAEPS.

Kata Fariezchan, keberangkatan mereka di sana turut diiringi dengan lagu ‘Balik Kampung’ yang dimainkan oleh petugas di sana. Begitu prihatin jiwa mereka.

Fariezchan juga memaklumkan bahawa dirinya juga sudah tamat fasa kuarantin dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

Fariezchan juga turut berpesan, selaku pesakit COVID-19,  beliau menyatakan bahawa pandemik yang sedang melanda ini bukanlah mitos seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Tetapi ia adalah perkara realiti. Nasihatnya, kita perlu menjauhi stigma yang tidak berasas dan perlu menerima kewujudannya.

Tahniah diucapkan buat Fariezchan dan semua petugas barisan hadapan. Andalah wira negara.

Sumber: Twitter Fariezchan

The post (Video) “Ini Kem Bina Semangat”, Pesakit COVID-19 Terharu, Frontliner Ajak Menari Bersama Untuk Pulih Semangat Walau Kepenatan Bertugas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments