(Video) Hafiz Mahamad Belanja 100 Orang Rider ‘Food Delivery’ Buat Swab Test, Pastikan Mereka Bebas Covid-19

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad, sememangnya dikenali dengan sifat pemurah dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Dia yang baru sahaja bebas daripada dijangkiti Covid-19, kini membantu seramai 100 orang penghantar makanan dan mereka yang memerlukan bagi menjalani ujian swab di klink swasta.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya, Hafiz ilihat bersama-sama para ‘rider’ menaiki motosikal ke klinik bagi menjalani ujian swab.

Saya terdetik buat ni sebab..

”Happy sangat abang rider semua. Tadi saya bawa 100 orang rider foodpanda, grabfood & orang memerlukan pergi swab test.

”Saya terdetik hati buat ni sebab, ada sekali saya beli mangga dekat traffic light. Kesian abang tu panas panas dan saya tegur dia, ‘‘Abang sihat? Hati hati ya bang musim Covid sekarang’.”

Abang tu jawab, ‘‘Abang pun taktahu okay ke tak dik. Nak buat swab test tu pun abang kena perah tenaga.”

Faham sangat, mereka cari rezeki kena keluar & terdedah dengan orang ramai. Mereka pun risau ttg kesihatan, tapi nak buat mcmana. Pampers anak, makan minum keluarga pun perlu ditanggung juga.

Alhamdulilah tengok muka masing-masing tadi happy. Paling happy adik jual mangga tadi, habis semua kita beli mangga dia. Harini dah boleh balik rehat terus dan tak perlu ke traffic light harini,” tulis Hafiz.

Warganet yang membanjiri ruangan komen, memuji tindakan usahawa tersebut kerana sering melakukan amal kebajikan sekaligus menjadi contoh ikutan kepada orang ramai.

Sumber: Instagram hafizmahamad

The post (Video) Hafiz Mahamad Belanja 100 Orang Rider ‘Food Delivery’ Buat Swab Test, Pastikan Mereka Bebas Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments