(Video) Hadir Majlis Perkahwinan Rakan, Sekumpulan Lelaki Ini Pakat Bawa Barang Dapur Naik Pelamin Sebagai Hadiah

Perkahwinan adalah salah satu momen istimewa dalam kehidupan setiap orang. Bagi anda yang mempunyai rakan yang akan berkahwin, sudah tentu mempunyai rancangan tersendiri untuk berikan hadiah kepada mereka dan paling penting hadiah itu tidak dapat dilupakan dan berguna untuk rakan anda dalam kehidupan berkahwin mereka atau sebagai kenangan.

Dalam satu video menunjukkan sekumpulan lelaki membawa ‘hadiah unik’ dalam majlis perkahwinan rakan mereka. Dalam video tersebut dapat dilihat, masing-masing membawa sebungkus garam, kopi sachet, telur, minyak, beras, dan sebungkus mi segera.

Hampir semua jenis ruji untuk keperluan harian dibawa. Nampaknya para pemuda melakukan ini dengan sengaja untuk  memberikan hiburan kepada rakan mereka yang sudah berkahwin.

Video tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat ratusan daripada warganet yang rata-rata terhibur dengan rakaman tersebut.

Sumber : Instagram, Liputan6

The post (Video) Hadir Majlis Perkahwinan Rakan, Sekumpulan Lelaki Ini Pakat Bawa Barang Dapur Naik Pelamin Sebagai Hadiah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments