(Video) Gelagat Si Bulu Ceroboh Padang Bola, Kemudian Keliru Bikin Ramai Berdekah

Detik melucukan apabila seekor kucing berada di tengah padang bola menjadi perhatian penonton di stadium.

Rakaman berdurasi 23 saat yang dikongsikan oleh @catsdotexe di twitter memaparkan seekor kucing berwarna hitam bersaiz sederhana dilihat berada di tengah-tengah padang bola sepak sewaktu perlawanan antara Wolves dan Everton.

Kucing berlari seakan ‘cuak’ mencari jalan keluar. Pegawai keselamatan yang berada di situ cuba untuk menangkapnya namun kucing itu mengelak sebelum berjaya menemui jalan keluar dari stadium. Para penonton di dalam stadium itu dilhat memberikan fokus ke arahnya dan bertepuk tangan memberi sorakan kepadanya.

Sumber : Twitter 

The post (Video) Gelagat Si Bulu Ceroboh Padang Bola, Kemudian Keliru Bikin Ramai Berdekah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments