(Video) Gelagat Kucing Nakal ‘Tampar’ Pejalan Kaki, Reaksi Lelaki Terakhir Macam Nak ‘Balas Dendam’ Jadi Perhatian

Kucing terkenal sebagai haiwan yang comel dan nakal pada masa yang sama. Banyak video gelagat haiwan ini menyakat spesies lain mahupun manusia di Internet membuatkan kita terhibur.

Salah satunya adalah seekor kucing tompok yang videonya dikongsikan laman @kardelen_cat di Instagram. Dengan aksi nakalnya ‘mengusik’ pejalan kaki yang melintasi di hadapannya, kucing ini telah mendapat perhatian lebih 40,000 warga maya.

Dalam video itu, kelihatan kucing berkenaan ‘menampar’ lengan pejalan kaki yang melintasi di hadapannya, membuatkan mereka terkejut. Malah, salah seorang daripada mereka kelihatan seakan bersedia untuk membalas dendam.

Jom tonton videonya di bawah.

Video tersebut telah mendapat reaksi ramai netizen yang terhibur dengan gelagat mereka.

 

Lelaki yang terakhir seakan dah bersedia nak bergaduh

Kucing jadi kucing

Dalam video lain, kucing itu terus mengusik individu yang melintas di hadapannya.

Sumber: Kardelen Cat

The post (Video) Gelagat Kucing Nakal ‘Tampar’ Pejalan Kaki, Reaksi Lelaki Terakhir Macam Nak ‘Balas Dendam’ Jadi Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments