(Video) Gadis Tengah Fokus Temuramah, Tiba-tiba Si Bulu Buat Muka Tak Bersalah “Enter Frame” Kamera, Bikin Ramai Terhibur

Perangai kucing ni kalau kita perhatikan, biasanya ada dua saja. Sama ada comel atau menyakitkan hati.

Tapi nak marah, tak sampai hati pulak kan? Ada-ada saja benda yang dibuatnya. Lepas rasa bersalah, mulalah buat muka kesian.

Sudahnya pasu pecah pun kita ‘halalkan’, kertas terkoyak pun kita maafkan jelah. Paling-paling pun hukum denda kena kurung je.

Baru-baru ini, datang satu lagi perangai pelik si bulus ini apabila ia sudah berani ‘enter frame’ masuk dalam kamera.

Tular di Twitter, pemilik akaun @soyoulikeart memuat naik rakaman video pendek ketika dia sedang ditemuramah oleh pihak media.

Tapi ketika serius menjawab persoalan wartawan, tiba-tiba muncul makhluk berbulu berwarna hitam di depan kamera. Apa yang terjadi? Jom tonton video ini.

Bukan seekor sahaja si Hitam yang ada, rupanya ada lagi yang lain. Cuma mereka belum masuk kamera lagilah.

Terhibur dengan gelagat kucing tersebut, maka ramailah warganet cuba mengulas apa yang berlaku sebenarnya ketika itu.

Ada betul juga, mungkin dia nak hilangkan kebosanan? Herolah kononnya tu.

Sempat lagi dia jeling kamera.

Oyen juga kena petik.

Rasanya ini memang betul. Pantang tengok orang senang.

Sumber: Twitter @soyoulikeart

The post (Video) Gadis Tengah Fokus Temuramah, Tiba-tiba Si Bulu Buat Muka Tak Bersalah “Enter Frame” Kamera, Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments