(Video) Gadis Jadikan Nyamuk Sebagai Haiwan Peliharaan, Siap Buat Tutorial Cara Bagi Makan, Hobinya Buat Netizen Tertanya-tanya

Kebiasaannya masyarakat akan mengambil keputusan untuk memelihara haiwan peliharaan  seperti kucing, ikan, burung dan lain-lain lagi sebagai peneman di rumah. Namun ia menjadi persoalan apabila terdapat segelintir masyarakat yang memelihara haiwan yang dianggap pelik sebagai haiwan peliharaan.

Sama seperti kisah seorang gadis di Indonesia yang membuatkan para warganet bingung bahkan tertanya-tanya apabila dirinya mededahkan haiwan peliharaannya adalah seekor nyamuk.

Menurut rakaman video yang dimuat naik @michelleeserafin, ia memaparkan cara memberikan makan kepada haiwan peliharaannya itu yang bernama Molly.

“Ini adalah cara bagaimana saya memberikan Molly makan,” tulisnya pada status video tersebut.

@michelleeserafin

Smoga bermanfaat ya gais 💕✨ #fyp #fypシ

♬ original sound – MichFin🧁 – MichFin🧁

Pada awalnya, gadis tersebut menunjukkan sebuah botol kecil yang terdapat seekor nyamuk lalu dirinya membuka penutup botol tersebut dan membiarkan Molly menghisap darah pada kakinya. Setelah itu, gadis tersebut akan memasukkan semula haiwan peliharaannya berkenaan kembali ke dalam botol.

“Kalau nyamuk tu boleh bercakap, pasti dia beritahu kamu yang dia mampu cari makan sendiri,” ujar seorang pengguna TikTok pada ruangan komen.

Berikutan itu, rakaman video tersebut mendapat perhatian sehingga berjaya meraih lebih 11.8 juta tontonan dan mendapat lebih 789.6 ribu tanda suka.

Sumber: michelleeserafin (TikTok)

The post (Video) Gadis Jadikan Nyamuk Sebagai Haiwan Peliharaan, Siap Buat Tutorial Cara Bagi Makan, Hobinya Buat Netizen Tertanya-tanya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments