(Video) “Dulu Tak Percaya, Ternyata Saya Salah”, Tercungap-cungap, Pesakit COVID-19 Ini Rayu Semua Pakai Pelitup Muka

Hanya menganggap COVID-19 sebagai selesema yang teruk sahaja, seorang lelaki yang kini disahkan positif virus itu memberi ‘amaran’ serta merayu kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan mengambil pengajaran ke atas apa yang berlaku terhadapnya.

Berada di atas katil di hospital, Chuck Stacey memuatnaik video yang menyatakan ‘penyesalannya’ itu.

“Dulu saya tidak merasakan bahawa pelitup muka akan membawa banyak perbezaan, namun ternyata saya salah,” katanya.

Menurut CNN, lelaki berusia 50 tahun itu kini sedang berada di hospital Florida untuk kali kedua sejak diuji positif pada 27 Disember 2020.

Gambar Via CNN

 

Dia berkata bahawa tidak mengambil banyak langkah berjaga-jaga untuk melindungi dirinya ketika pandemik COVID-19 bermula.

“Saya mengaku salah. Ini sangat kejam, saya tidak pernah tahu bahawa tubuh manusia boleh ‘terluka’ begitu teruk,” katanya.

Isterinya juga dilaporkan positif dan juga dikejarkan ke hospital kerana tubuhnya yang lemah.

Lelaki itu juga mengatakan dia mengalami dehidrasi yang teruk dan menggigil badan sehingga menyebabkan kekejangan otot.

“Semalam, memang sangat mengerikan, doktor memberi saya oksigen aliran tinggi dan jika itu tidak berfungsi, mereka perlu mengintubasi saya dan itu sangat menakutkan,” ujarnya lagi.

Sumber: CNN

The post (Video) “Dulu Tak Percaya, Ternyata Saya Salah”, Tercungap-cungap, Pesakit COVID-19 Ini Rayu Semua Pakai Pelitup Muka appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments