(Video) Dua Kumpulan Penguin Bertemu Sebelum Dua Ekor Penguin ‘Terlupa’ Mereka Dalam Kumpulan Yang Mana

Rakaman dua kumpulan penguin dilihat berhenti untuk ‘bertukar maklumat’ dan terpinga-pinga untuk pergi mencari arah laut ketika mereka melintasi satu sama lain dalam perjalanan.

Klip berdurasi 30 saat itu menjadi viral di media sosial dirakam di Kepulauan Falkland oleh Andrea Barlow, pengarah Muzium Kepulauan & Kepercayaan Nasional Falkland.

Ketika dua kumpulan penguin itu bertemu, mereka kelihatan bergabung selama beberapa saat, seolah-olah mereka bertukar maklumat. Perbualan seakan dapat didengari sebelum kedua-dua kumpulan meneruskan perjalanan mereka mengikut haluan yang berbeza, namun salah satu penguin nampaknya keliru tentang kumpulan yang mana ia harus ikut bersama menuju ke laut.


Sumber : Dailymail

The post (Video) Dua Kumpulan Penguin Bertemu Sebelum Dua Ekor Penguin ‘Terlupa’ Mereka Dalam Kumpulan Yang Mana appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments