(Video) Dr Zulkifli Luang Masa Berbual Bersama Adik Atho’ullah, Sempat Titip Pesan Dan Doa Undang Sebak

Pada baru-baru ini, telah tular berkenaan kisah seorang adik yang bernama Atho’ullah di media sosial.

Adik ini telah dikejutkan dengan berita yang sedih sewaktu dia sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS kerana disahkan positif COVID-19.

Ketika dia dikuarantin itu, dia telah menerima berita bahawa ayahnya telah pergi menghadap Illahi.

Pun begitu, luarannya hanya tampak tenang walaupun kita tahu bahawa perkara tersebut pastinya cukup berat untuk diterima.

Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang ada berkongsikan tentang sesi perbualan yang diadakan bersama dengan adik Atho’ullah itu bagi memberikan sedikit semangat kepadanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Berbual Dengan Anakanda Atho’ullah

Rakaman video anakanda Atho’ullah, bekas pesakit #COVID19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS tular baru-baru ini.

Beliau nampak tenang menerima berita pemergian ayahnya yang meninggal dunia disamping ibu yang ditempatkan di wad kuarantin.

Pakcik doakan Atho’ullah sekeluarga terus tabah dan kuat.

Warganet yang menonton video tersebut turut berasa sebak dengan nasib yang menimpa adik itu.

Sumber: drzulkifli.albakri

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020

The post (Video) Dr Zulkifli Luang Masa Berbual Bersama Adik Atho’ullah, Sempat Titip Pesan Dan Doa Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments