(Video) Detik Mendebarkan Ibu Ayam Pertaruh Nyawa Untuk Lindungi Anaknya Dari Ular Tedung Buktikan Kasihnya Si Ibu

Kasih sayang ibu mengatasi segalanya. Baik di dunia manusia mahupun dunia haiwan, ibu merupakan pelindung yang sanggup bergadai nyawa untuk anak-anak.

Dalam satu video dikongsikan oleh wakil badan Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda, terlihat jelas keberanian seekor ibu ayam bertarung dengan seekor ular tedung demi anak-anaknya.

Video tular berdurasi 51 saat itu memaparkan seekor ular dipercayai jenis tedung menyusup masuk ke ruangan berteduh ayam berkenaan. Terancam dengan haiwan berbisa itu, ibu ayam mengembangkan sayapnya dan bertindak mematuk ular tersebut sementara anak-anaknya lari ke tempat selamat.

Babak cemas itu berlangsung selama beberapa saat sehingga anak ayam terakhir berjaya melarikan diri daripada ular tersebut.

Video berkenaan membuatkan orang ramai tersentuh melihat keberanian si ibu yang sanggup mempertahankan nyawa sendiri demi anak-anaknya.

Ibu adalah super hero

Ibu yang berani

Ia pastikan semua anaknya selamat

Sumber: India Times

The post (Video) Detik Mendebarkan Ibu Ayam Pertaruh Nyawa Untuk Lindungi Anaknya Dari Ular Tedung Buktikan Kasihnya Si Ibu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments