(Video) Detik Ibu Buat Imbasan Ultrabunyi, Nampak Bayi Kencing Dalam Rahim

Imbasan ultrabunyi ketika kehamilan membantu doktor dan ibu bapa memantau perkembangan bayi, sekaligus mengesan sekiranya ada sebarang permasalahan terhadap kandungan. Di kesempatan itu juga, ibu bapa boleh melihat  jantina anak mereka yang ditunggu-tunggu.

Bagi seorang bakal ibu, dia menemui jawapan yang cukup ‘konkrit’ apabila sempat menyaksikan sendiri detik bayinya membuang air ketika di dalam rahim.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang doktor di Turki, Ümit Korucuoğlu di laman Instagram miliknya. Kongsi beliau, video itu telah diberikan pembantunya ketika melakukan pemeriksaan terakhir salah seorang pesakit mereka. Tambah beliau, air kencing janin adalah salah satu komponen air ketuban yang paling penting, terutamanya selepas minggu ke-20 kehamilan.

Menurut Today’s Parent, kewujudan urin bayi sebenarnya menandakan buah pinggang bayi berkembang dan berfungsi dengan baik.

Jadi jangan terkejut bila bayi anda kencing semasa sedang mandi di dalam tab, mereka hanya terbiasa buat begitu.

Sumber: Today’s Parent

The post (Video) Detik Ibu Buat Imbasan Ultrabunyi, Nampak Bayi Kencing Dalam Rahim appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments