(Video) Detik-detik Polis Tengah ‘Bersiaran’ Minta Berhati-hati Di Jalan, Tiba-tiba Ada Basikal Kena Langgar Di Belakang

Akhir-akhir ini aktiviti berbasikal seakan-akan sudah menjadi fenomena baharu yang ‘mewarnai’ segenap masyarakat kita.

Dari tua ke muda, baik lelaki mahupun wanita, semuanya sudah menggemari aktiviti sukan dua roda ini sehingga menjadi ikutan ramai.

Namun, satu perkara yang tidak lari daripada isu panas yang terjadi adalah soal keselamatan penunggang basikal ini di jalan raya.

Acap kali berlaku ‘pertengkaran’ kecil melibatkan kelompok penunggang basikal dengan pengguna jalan raya yang lain.

Kali ini, tular pula satu rakaman video memaparkan seorang penunggang basikal yang dirempuh kenderaan lain sewaktu hendak melintas jalan sehingga melambung.

Namun agak mengejutkan, tragedi malang itu dirakam secara tidak sengaja ketika seorang anggota polis trafik sedang menyampaikan laporan lintas langsung mengenai keadaan trafik di lokasi kejadian.

Difahamkan, kemalangan ini dipercayai berlaku di Indonesia.

Pengajarannya di sini, berhati-hatilah di jalan raya ya.

Sumber: Twitter

The post (Video) Detik-detik Polis Tengah ‘Bersiaran’ Minta Berhati-hati Di Jalan, Tiba-tiba Ada Basikal Kena Langgar Di Belakang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments