(Video) Detik-Detik Cemas Sebuah Bot Bawa 5 Individu Termasuk Seorang Kanak-Kanak Karam Ketika Melalui Arus Beralun

Keadaan banjir di Johor dan Pahang sememangnya berada dalam keadaan membimbangkan pada ketika ini.

Dengan peningkatan mangsa banjir yang dipindahkan, ia sememangnya ujian yang sangat berat perlu dilalui oleh mereka.

Beberapa rakaman berkaitan dengan situasi banjir di negeri-negeri tersebut telah tular dan menarik perhatian ramai.

Termasuk video ini yang menyaksikan dipercayaisebuah keluarga menghadapi situasi ‘cemas’ ketika sedang menaiki bot.

Menerusi video yang dimuatnaik Berita LIPIS di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Felda Jenderak Selatan, Daerah Temerloh, Pahang.

Perkara luar jangkaan sentiasa berlaku. Jangan ambil mudah. Sentiasa pakai jaket keselamatan dan patuhi arahan pasukan penyelamat. Kejadian berlaku di Felda Jenderak Selatan, Temerloh.

Posted by LIPIS on Monday, January 4, 2021

Bot yang dinaiki oleh lima orang individu termasuk seorang penyelamat itu dilihat tidak mampu ‘mengatasi’ arus air yang beralun.

Video itu telah dirakam oleh individu yang sedang berada dalam satu bot yang lain.

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mereka selepas kejadian yang tidak dijangka itu. Tiada juga  maklumat mengenai waktu sebenar kejadian itu berlaku.

Semoga semuanya dipermudahkan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Berita LIPIS

The post (Video) Detik-Detik Cemas Sebuah Bot Bawa 5 Individu Termasuk Seorang Kanak-Kanak Karam Ketika Melalui Arus Beralun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments