(Video) Detik-Detik Cemas Motosikal Tergelincir Dalam Arus Ketika Cuba Redah Banjir, Perakam Pula Dipuji Cepat Bertindak

arus banjir johor

Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Terbaru, dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada arus deras yang memenuhi sebatang jalan dari Mawai menghala ke Tugu Udang.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.

Rakaman pada saat ke 26 menjadi gelap dan kelam kabut dipercayai kerana perakam sedang membantu menyelamatkan mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang dipercayai bertindak terus membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Terbaik, terus bertindak

Bagus,  bukan setakat rakam

Ni baru hero, bukan kaki viral

Jangan kecam penunggang

Tonton video di bawah:

Arus laju kenderaan ringan seperti motosikal jangan buat hal dah ada yang tergelincir dah ni. Mangsa selamat. Signboard…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, January 2, 2021

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

The post (Video) Detik-Detik Cemas Motosikal Tergelincir Dalam Arus Ketika Cuba Redah Banjir, Perakam Pula Dipuji Cepat Bertindak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments