(Video) Dari Awal Muka Takda ‘Mood’, Oyen Lepas ‘Geram’ Pada Tuannya Masa Buat TikTok

Tak habis-habis buat hal, kucing berwarna oren ‘kesukaan’ ramai ini sekali lagi ‘buat kecoh’ dengan kenakalannya.

Kali ini, Oyen yang ‘berasal’ dari negara seberang ini tular apabila melepaskan geram pada tuannya yang sedang merakam video TikTok.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Dwinda, dia dilihat sedang merangkul Oyen itu sambil membuat gaya mengaum sesuai dengan lagu latar yang dipilih olehnya.

Dengan riak wajah yang ‘bengang’, Oyen ‘menyambar’ tudung tuannya tepat pada kemuncak lagu itu.

@dwindamo0

Tuu kann emg kucing dakjall 😭

♬ divaaum – 𝖉𝖎𝖛𝙖.𝙖𝖟𝖟𝖚𝖗𝙖

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang pastinya terhibur melihat plot twist video itu.

Sumber: dwindamo0

The post (Video) Dari Awal Muka Takda ‘Mood’, Oyen Lepas ‘Geram’ Pada Tuannya Masa Buat TikTok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments